SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Tuesday, December 21, 2010

Perkara yang diamalkan

~ Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
~ Selalu makan makanan yang panas
~ selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain2
~ Selalu minum air masak
~ Selalu makan ulam2
~ Selalu mengamalkan pandangan hijau
~ Selalu bersenam
~ Selaluu menggunakan imaginasi otak
~ Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum / soya
~ Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan / pantai (yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup tinggi untk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu.
~ Jangan ego
~ Jangan dengki pada orang lain
~ Jangan makan dari sumber yang tidak halal
~ Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
~ Jangan makan makanan yang ada pewarna
~ Jangan makan makanan yang ada pengawet
~ Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
~ Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

~ Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
~ Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
~ Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
~ Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
~ Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
~ Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
~ Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
~ Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
~ Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
~ Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
~ Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
~ Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
~ Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
~ Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
~ Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
~ Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
~ Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
~ Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
~ Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

(Diciplak dari page org yer..hehe)

No comments:

Post a Comment