SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Tuesday, December 28, 2010

Mencari Jodoh. Sejauh Mana Kita Perlu Memikat Hati Si Dia?

Salam..
Risaukah kita soal jodoh? Bagi saya, memang saya risau kerana sampai saat ini saya belum nampak sesiapa sebagai jodoh saya (uiks..begitu berterus-terang)..mungkin jodoh itu belum ada, tapi kalu jodoh itu sampai harapnya dari seseorang yang akan sanggup bersama saya sampai akhirnya dan seseorang yang sememangnya layak dibuat suami(besarnya harapan)..di sini saya ingin kongsikan apa yang telah saya baca
dari-->>http://wanwma.com/agama/mencari-jodoh-sejauh-mana-kita-perlu-memikat-hati-si-dia/


Bismillahirrahmanirrahim.....

Bagi sesetengah orang, mencari jodoh bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Hidupnya mudah, meskipun tidak pernah bercinta atau bercouple (bercouple adalah haram) dengan sesiapa, bila tiba masa untuk dirinya berumah tangga, dia terus mendapat pasangan yang ideal dan terus melangsungkan perkahwinan. Ada orang pula pernah bercouple dengan beberapa orang sebelum bertemu dengan cinta sejati mereka sehingga akhirnya berjaya ke jinjang pelamin.

Perjalanan, pertemuan dan masa untuk seseorang bertemu jodoh masing-masing adalah berbeza. Ada orang yang terpaksa dikecewakan beberapa kali sebelum bertemu dengan buah hati yang setia. Ada orang lain pula meskipun telah bertemu jodoh, namun selepas berkahwin 1 hari, pasangannya telah meninggal dunia menyahut panggilan ilahi. Apa jua keadaan yang sedang kita hadapi, alami atau bakal lalui, teguhkan hati dengan menanam redha di dalam diri.

Seseorang yang mencari jodoh tentu berusaha untuk memikat hati si dia yang mungkin telah bertahta dihatinya. Namun sejauh manakah kita perlu berusaha memikat hatinya? Betulkah dengan cara memujuk, berbuat baik, menggunakan kata-kata romantik dan seumpamanya?

Cara-cara memikat si dia menurut Sunnah:

1. Menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu.
Contoh: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim)
Fiqh: Apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dengan ayahnya dan ayah si gadis telah mengenali kita, maka mudahlah kita menyalurkan hasrat hati kepada ayahnya.

2. Boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara.

Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133)

3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat.

Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan Rasulullah s.a.w untuk masuk memikat hati perempuan (Bukhari 4642). Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda untuk meminang wanita tersebut.

4. Menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman.

Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan untuk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. Ada yang mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)
Begitulah antara cara memikat si gadis menurut As-Sunnah.

Menawarkan diri kepada lelaki yang soleh.

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata: “Wahai Rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” Lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan.” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).-->>Lepas ni intai2 lah dan cuba untuk ejas2 yang begini..hehe)

Semoga kini akan mendapat jodoh yang baik..Amin..

P/s: Berjuang untuk mencari yang halal.. (^_^)v

wassalam..


No comments:

Post a Comment