SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Sunday, December 26, 2010

SUNTIKAN HPV--Cegah Kanser Serviks??Kesan??

Adakah suntikan HPV selamat untuk anak-anak kita? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, suntikan ini sememangnya perlu sebagai vaksin untuk kanser serviks.Seperti yang kita ketahui, sekarang kerajaan sedang giat memperkenalkan Vaksin HPV melalui iklan2 di tv , radio & pelbagai cara lagi. Sebagai wanita, mesti teruja untuk mengetahui kebaikan suntikan vaksin HPV ini. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai Vaksin HPV ni:-

  • Sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV. Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh ‘Federation of Drug Administration’ ( FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia.
  • Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun.
  • Suntikan vaksin ini akan merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut.
  • Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut. Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks. Sebaik-baiknya vaksin ini diberikan ketika mereka berada pada peringkat awal remaja.
  • Namun, perlu diingat walaupun vaksin ini berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik, kesan akhir terhadap pengurangan insiden kanser ini cuma akan dapat dilihat selepas 15-20 tahun program perlalian berjalan. Ujian saringan Pap Smear MASIH perlu dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.

Suntikan ini diberi secara percuma kepada pelajar2 sekolah menengah yang berusia 13 tahun & 15 tahun yang berada di sekolah. Yang tidak bersekolah boleh mendapatkannya di hospital2 berdekatan..

KESAN2 SAMPINGAN (dipetik dari blog http://thesecretmedicines.blogspot.com/2009/10/suntikan-vaksin-hpv-boleh-membawa-maut.html)

Kes Pertama
-->>Di negara Barat! Stacey Jones, remaja 18 tahun mengalami kerosakan kekal pada otaknya selepas beberapa hari menerima suntikan HPV. Menurut ibunya, dia percaya bahawa anaknya menjadi mangsa eksperimen (guinea pig). Dia percaya tiada bukti mencukupi bagi menunjukkan program pelalian itu selamat. "Semua ini berlaku beberapa hari selepas Stacey diberi vaksin, dan kami tidak ada apa-apa penjelasan apakah yang membuatkan kecederaan pada otaknya", kata ibunya.

Kes ke-2
-->>Seminggu sebelum itu, Natalie Morton, 14 mati selepas beberapa jam diberi suntikan vaksin yang sama. Jurucakap perubatan mendakwa kononnya Natalie mati kerana tumor di dalam dadanya yang tidak didiagnos terlebih dahulu. Tetapi menurut NaturalNews, ia adalah laporan patologi yang palsu, berdalih bagi mengelakkan kematian Natalie dikaitkan dengan vaksin dan industri vaksin tersebut.

(Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke link tersebut)

SEJAUH MANA KEBENARANNYA?? KINI UNTUK MENGELAK SUATU PENYAKIT, ANAK2 TERDEDAH KEPADA PENYAKIT LAIN PULA??

Bukan saya tidak menyokong usaha oleh kementerian, tetapi penjelasan yang jelas perlu apabila timbul isu2 baru mengenai kesan yang diterima apabila mendapatkan suntikan HPV ini.Ibubapa berhak yang terbaik untuk anak-anak mereka..semoga apa jua jalan yang diambil adalah sentiasa yang terbaik..

Wassalam

3 comments:

  1. salam.... ingin bertanya jadi akak ambil ke tak HPV ? :D

    ReplyDelete
  2. alamak, dah ambil. boleh tak terus hentikan dos ke-3? studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. baru ja mabl td.. lennguh2 da lengan ni..huhu.. dpt suntikan free untuk pelajar prau so suma digalakkan ambl,bgus katanya

    ReplyDelete