SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Sunday, January 30, 2011

Anak2 nakal?ermmm

Salam

Kali ini saya cuba untuk berkongsi satu teknik atau cara untuk menjadikan kanak-kanak lebih bertangungjawab atau mungkin juga 'denda' bila melakukan sesuatu kesalahan.

Marah, tengking, atau lebih teruk lagi mengeluarkan kata-kata kesat, pukul dan cubit cuma akan menunjukkan pada kanak-kanak tersebut apa yang akan berlaku kalau mereka lakukan sesuatu kesalahan. Keadaan ini mungkin boleh menyebabkan hubungan antara anak dan ibu atau bapa lebih renggang disebabkan oleh TAKUT dan bukan hormat.

Antara yang boleh dibuat:

Bila seorang anak melakukan kesalahan, biarkan anak itu disuatu sudut.
Berdiri tegak dengan tangan di sisi.
Diam tanpa bercakap.
-->>Sebagai permulaan, biarkan anak itu berdiri di situ tanpa bercakap selama 2minit.
-->> Jika perbuatan berulang, +1minit..
Anak kecil juga boleh dipraktikkan..selalunya bermula 2tahun.Anak2 kecil mungkin sukar untuk fahami percakapan orang dewasa dengan itu, cara begini lebih berkesan..
Kalau menangis, biarkan dia menangis..(tapi jangan sesekali tinggalkan anak anda tanpa pengawasan)
-->>Sebaik sahaja melalui 'denda' tersebut, beritahu anak anda apa kesalahan yang dilakukan..

Cara didikan ibubapa akan memberi kesan yang amat kuat kepada anak2 yang sedang membesar. Percakapan dan perbuatan sebagai contoh.
Bahasa percakapan kau,aku pada saya sangat tidak sesuai digunakan bila bercakap dengan anak2. Pukul, cubit..itu cuma akan memberi rangsangan yang kekal sehingga mereka akan berpendapat, tindakan tersebut 'tidak salah' dan boleh dilakukan di sekolah(kerana anak2 sekarang lebih berani)..

Apa sahaja perbuatan mereka berkaitan kehidupan mereka di rumah..

-->>Di sini hanyalah pandangan saya dan langkah yang diberikan adalah berdasarkan sedikit kajian yang telah dilakukan.

Kearah generasi baru yang lebih berkualiti

Wassalam.. (^_^)v

No comments:

Post a Comment