SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Monday, January 3, 2011

Boleh mandi hadas besar tanpa wuduk

Bismillah..

salam semua..

Ada dikalangan kita tak tahu hukum berwudhu sebelum mandi wajib..So, kat sini saya kongsikan sedikit info yang dapat dari Fikrah Dr. Salam, myMetro.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

MENGAMBIL wuduk sebelum mandi hadas termasuk dalam perkara sunat mandi wajib.

Jadi sah jika mandi hadas besar tanpa mengambil wuduk terlebih dahulu. Peraturan mandi wajib atau hadas besar ada tiga, iaitu

(1) niat untuk mengang�kat hadas besar

(2) menghilangkan najis di badan dan

(3) menyampaikan air ke seluruh badan termasuk bulu dan celah-celah lipatan badan.

Apabila sudah sempurna syarat atau peraturan itu, maka sah mandi wajib berkenaan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga info ini boleh membantu kita yer..Kan lebih elok kalau alang2 mandi tu, buatlah yang sunat sekali.. pahala free gitu..hehe

Wassalam..

No comments:

Post a Comment