SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Friday, December 31, 2010

SALAM UKHWAH 2011

Dah berakhir tahun 2010..hepy tak? Mesti macam2 pengalaman dah kita dapat sepanjang tahun 2010 kan? Ada sedih, ada hepy..apapun, jadikan semua tu pengalaman untuk kita terus hadapi tahun 2011. Selalunya orang akan bercerita tentang Azam tahun baru..ada juga orang yang tak ada azam kan?But still can continue with their life..tapi, kena ada intention..jangan main redah jer..yer..(^_^)v

Ok..untuk tahun baru, saya mulakan dengan set kosmetik baru..hehe(saya ni tak pernah cuba barang2 1 set) Kira ini adalah permulaan yang memang betul2 barulah..(harapnya leh kekalkan cara pemakaian..ngeee) saya cuba2 dulu..kalau ok, nanti saya ceritakan kemudian.

Salah 1 azam tahun baru, nak lebih cantik(sekarang cam prasan cantik jer..huhu)..dan salah 2 azam tahun baru(ngee) nak langsing(cewahh..makan sama gak..2minggu lepas turun 1kg, naik balik 1kg dalam 1 minggu jer..huh!) Tapi sempena tahun baru nie NEKAD!! yeah!! hehe

Semoga apa jua yang kita lakukan, sentiasa yang terbaik pada tahun 1432H dan 2011 ini.

chayok2!!

Wassalam

Wednesday, December 29, 2010

Petua jadi sihat wallafiat(gumuk)

Salam..

Ermmm..saya ni sibuk nak kurus (x kurus2 juga) tapi ada sesetengah sahabat sibuk nak tambah isi..nak gemuk@ pun nak nampak lebih berisi..

Ini petua dari kakak saya. Dah bagi pada salah seorang sahabat, katanya tak jadi. Mungkin jadi pada sesetengah orang jer kot. So, saper2 yang nak cuba, boleh silakan lah yer(mudah-mudahan jadi lah yer..(~.~) ) Ada dua petua..so saya kongsikan keduanya lah yer..


Beras
1) Masa masak nasi, bila dah elok airnya mendidih2 ambil segelas air beras dan sejukkan. Bila dah suam nanti boleh lah minum yer.Amalkan setiap hari..Insyaallah..(Rajin2 lah masak nasi yer..)


Susu+ almond
2) Petua ke-2 ialah susu. Bagi yang sukakan susu, panaskan susu atas dapur dan didihkan. Tambah serbuk badam dan tunggu hingga didih elok. Nanti, sejukkan dan minum..(ermmm cam sedapkan? Saya tak berani nak cuba. Kot makin sihat nanti..ngee)

selamat mencuba yer.. (^_~)v

Tuesday, December 28, 2010

Mencari Jodoh. Sejauh Mana Kita Perlu Memikat Hati Si Dia?

Salam..
Risaukah kita soal jodoh? Bagi saya, memang saya risau kerana sampai saat ini saya belum nampak sesiapa sebagai jodoh saya (uiks..begitu berterus-terang)..mungkin jodoh itu belum ada, tapi kalu jodoh itu sampai harapnya dari seseorang yang akan sanggup bersama saya sampai akhirnya dan seseorang yang sememangnya layak dibuat suami(besarnya harapan)..di sini saya ingin kongsikan apa yang telah saya baca
dari-->>http://wanwma.com/agama/mencari-jodoh-sejauh-mana-kita-perlu-memikat-hati-si-dia/


Bismillahirrahmanirrahim.....

Bagi sesetengah orang, mencari jodoh bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Hidupnya mudah, meskipun tidak pernah bercinta atau bercouple (bercouple adalah haram) dengan sesiapa, bila tiba masa untuk dirinya berumah tangga, dia terus mendapat pasangan yang ideal dan terus melangsungkan perkahwinan. Ada orang pula pernah bercouple dengan beberapa orang sebelum bertemu dengan cinta sejati mereka sehingga akhirnya berjaya ke jinjang pelamin.

Perjalanan, pertemuan dan masa untuk seseorang bertemu jodoh masing-masing adalah berbeza. Ada orang yang terpaksa dikecewakan beberapa kali sebelum bertemu dengan buah hati yang setia. Ada orang lain pula meskipun telah bertemu jodoh, namun selepas berkahwin 1 hari, pasangannya telah meninggal dunia menyahut panggilan ilahi. Apa jua keadaan yang sedang kita hadapi, alami atau bakal lalui, teguhkan hati dengan menanam redha di dalam diri.

Seseorang yang mencari jodoh tentu berusaha untuk memikat hati si dia yang mungkin telah bertahta dihatinya. Namun sejauh manakah kita perlu berusaha memikat hatinya? Betulkah dengan cara memujuk, berbuat baik, menggunakan kata-kata romantik dan seumpamanya?

Cara-cara memikat si dia menurut Sunnah:

1. Menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu.
Contoh: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim)
Fiqh: Apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dengan ayahnya dan ayah si gadis telah mengenali kita, maka mudahlah kita menyalurkan hasrat hati kepada ayahnya.

2. Boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara.

Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133)

3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat.

Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan Rasulullah s.a.w untuk masuk memikat hati perempuan (Bukhari 4642). Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda untuk meminang wanita tersebut.

4. Menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman.

Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan untuk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. Ada yang mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)
Begitulah antara cara memikat si gadis menurut As-Sunnah.

Menawarkan diri kepada lelaki yang soleh.

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda Rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata: “Wahai Rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” Lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan.” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).-->>Lepas ni intai2 lah dan cuba untuk ejas2 yang begini..hehe)

Semoga kini akan mendapat jodoh yang baik..Amin..

P/s: Berjuang untuk mencari yang halal.. (^_^)v

wassalam..


10 Sifat Calon Suami Yang Baik


Bismillahirrahmanirrahim.....

Kadang-kadang kita tersilap. Kita menilai seorang lelaki yang baik berdasarkan kerjayanya. Hakikatnya lelaki yang baik itu sebenarnya terletak pada agamanya. Ramai yang mengetahui perkara ini tetapi beranggapan lelaki beragama itu mestilah seorang ustaz, imam masjid, pelajar agama dan seumpamanya. Sebenarnya perkara ini juga tidak benar. Ramai dikalangan ahli agama yang sering memukul isteri, bersifat kasar, tidak pandai melayan isteri dan sebagainya. Jadi ini juga bukanlah ciri-ciri seorang lelaki yang baik sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah. Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Di bawah disenaraikan 10 sikap lelaki yang baik.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Semoga 10 sikap ini dapat diamalkan oleh kita semua wahai lelaki yang mencari redha Allah. Buat wanita solehah yang mencari pasangan yang soleh, cubalah anda perhatikan 10 sifat yang dinyatakan di atas pada setiap lelaki yang anda kenal. Jika ada sikap-sikap ini pada mereka. Cubalah untuk menjadi buat hati mereka. Walau bagaimanapun, tidak semestinya mahu ada kesemua sikap di atas, jika terdapat 5-6 sikap itu juga sudah memadai. Manusia boleh berubah. InsyaAllah sifat-sifat baik yang lain akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.

Wassalam…

(-->>dari http://wanwma.com/agama/10-sifat-calon-suami-yang-baik)

Sunday, December 26, 2010

SUNTIKAN HPV--Cegah Kanser Serviks??Kesan??

Adakah suntikan HPV selamat untuk anak-anak kita? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, suntikan ini sememangnya perlu sebagai vaksin untuk kanser serviks.Seperti yang kita ketahui, sekarang kerajaan sedang giat memperkenalkan Vaksin HPV melalui iklan2 di tv , radio & pelbagai cara lagi. Sebagai wanita, mesti teruja untuk mengetahui kebaikan suntikan vaksin HPV ini. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai Vaksin HPV ni:-

  • Sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV. Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh ‘Federation of Drug Administration’ ( FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia.
  • Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun.
  • Suntikan vaksin ini akan merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut.
  • Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut. Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks. Sebaik-baiknya vaksin ini diberikan ketika mereka berada pada peringkat awal remaja.
  • Namun, perlu diingat walaupun vaksin ini berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik, kesan akhir terhadap pengurangan insiden kanser ini cuma akan dapat dilihat selepas 15-20 tahun program perlalian berjalan. Ujian saringan Pap Smear MASIH perlu dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.

Suntikan ini diberi secara percuma kepada pelajar2 sekolah menengah yang berusia 13 tahun & 15 tahun yang berada di sekolah. Yang tidak bersekolah boleh mendapatkannya di hospital2 berdekatan..

KESAN2 SAMPINGAN (dipetik dari blog http://thesecretmedicines.blogspot.com/2009/10/suntikan-vaksin-hpv-boleh-membawa-maut.html)

Kes Pertama
-->>Di negara Barat! Stacey Jones, remaja 18 tahun mengalami kerosakan kekal pada otaknya selepas beberapa hari menerima suntikan HPV. Menurut ibunya, dia percaya bahawa anaknya menjadi mangsa eksperimen (guinea pig). Dia percaya tiada bukti mencukupi bagi menunjukkan program pelalian itu selamat. "Semua ini berlaku beberapa hari selepas Stacey diberi vaksin, dan kami tidak ada apa-apa penjelasan apakah yang membuatkan kecederaan pada otaknya", kata ibunya.

Kes ke-2
-->>Seminggu sebelum itu, Natalie Morton, 14 mati selepas beberapa jam diberi suntikan vaksin yang sama. Jurucakap perubatan mendakwa kononnya Natalie mati kerana tumor di dalam dadanya yang tidak didiagnos terlebih dahulu. Tetapi menurut NaturalNews, ia adalah laporan patologi yang palsu, berdalih bagi mengelakkan kematian Natalie dikaitkan dengan vaksin dan industri vaksin tersebut.

(Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke link tersebut)

SEJAUH MANA KEBENARANNYA?? KINI UNTUK MENGELAK SUATU PENYAKIT, ANAK2 TERDEDAH KEPADA PENYAKIT LAIN PULA??

Bukan saya tidak menyokong usaha oleh kementerian, tetapi penjelasan yang jelas perlu apabila timbul isu2 baru mengenai kesan yang diterima apabila mendapatkan suntikan HPV ini.Ibubapa berhak yang terbaik untuk anak-anak mereka..semoga apa jua jalan yang diambil adalah sentiasa yang terbaik..

Wassalam

Tuesday, December 21, 2010

Kurangkan..tumpulkan MINDA kita

~ Kurangkan makan bawang besar
~ Kurangkan makan berempah
~ Kurangkan makan ketumbar kering
~ Kurangkan menonton hiburan
~ Kurangkan membaca majalah hiburan
~ Kurangkan ketawa yg panjang
~ Kurangkan minuman air batu, air dalam tin (gas)
~ Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
~ Jangan makan kepala ikan
~ Jangan minum air yang ada semut
~ Jangan tidur selepas subuh
~ Jangan tidur selepas asar
~ Jangan tidur selepas makan
~ Jangan makan terlalu kenyang
~ Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
~ Jangan menyapu rumah pada waktu malam
~ Jangan makan yang masam2 berlebihan
~ Jangan dicampur makan laut dna darat dalam satu hidanga
~ Jangan minum susu selepas memakan daging / ayam

(dari page org juga nie..menarik kan??halal yer kak..(^_^)v)

-->>Mesti ada sebab kan?? Apa salahnya kita mencuba..bukan sahaja menjaga MINDA..juga menjaga tubuh badan agar sihat dan bertenaga sepanjang hari..

YANG BAIK, DIKONGSI BERSAMAAAAAAAAAAAAA v(^_^)v

Perkara yang diamalkan

~ Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
~ Selalu makan makanan yang panas
~ selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain2
~ Selalu minum air masak
~ Selalu makan ulam2
~ Selalu mengamalkan pandangan hijau
~ Selalu bersenam
~ Selaluu menggunakan imaginasi otak
~ Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum / soya
~ Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan / pantai (yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup tinggi untk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu.
~ Jangan ego
~ Jangan dengki pada orang lain
~ Jangan makan dari sumber yang tidak halal
~ Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
~ Jangan makan makanan yang ada pewarna
~ Jangan makan makanan yang ada pengawet
~ Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
~ Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

~ Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
~ Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
~ Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
~ Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
~ Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
~ Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
~ Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
~ Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
~ Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
~ Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
~ Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
~ Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
~ Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
~ Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
~ Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
~ Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
~ Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
~ Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
~ Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

(Diciplak dari page org yer..hehe)