SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Monday, March 7, 2011

KECANTIKAN

Salam ukhwah(^_^)v

KECANTIKAN?


Erm..wanita memang tak kan terlepas dari isu kecantikan.. Cantik ni dari pelbagai aspek. Cantik wajah, cantik budi, cantik lua, cantik dalam..semua tu sering diperkatakan orang..

Kadang2 ada orang kata, "Eh, harap muka jer lawa, tapi kurang ajar"..ermm..so penting ker cantik luaran tu?? Untuk menjadi cantik, perlu cantik lua dan dalam kan? kalau luar, itu semulajadi pemberian Allah..jangan diubah-ubah..HARAM...melainkan yang tidak sempurna, disempurnakan..kalau dah terletak cantik hidung kat situ, tak perlulah diubah2 tambah tinggi or kurang saiz 'what so ever'..

Bagi saya, cukuplah cantik luaran dengan kelihatan kemas dan sedap mata memandang..muka berjerawat, tak semestinya tak cantik..pakai tudung elok2..mesti cantik..

Cantik dalam?? Selalunya apa yang kita rasa akan secara 'auto' terlihat pada wajah.. cuba perhatikan orang yang bermasalah. Mesti wajah pun nampak tak tenang..senyum pun dipaksa-paksa..Tak semua orang mampu sorokkan apa yang ada di dalam..

Hati mesti mau bersih yer..jangan cakap benda2 yang tak baik..perkataan2 yang tak elok dan tak sedap didengar..kalau yer pun melatah, janganlah disebut benda2 yang boleh mendatangkan fitnah.. biasakan diri dengan perkataan2 yang membawa kepada PAHALA..Subhanallah..Allahuakbar..Ya Allah..ermm...Senang, sempurna, sedap di dengar..kalau sesiapa mendengar pun mesti nak marah pun tak jadi..

Wanita sekarang mungkin dah terbiasa cakap dan ketawa dengan nada kuat..Ada kajian menyatakan ketawa itu awet muda..ermm yer ker?? Tapi banyak ketawa itu boleh buatkan seseorang jadi pelupa..Apa kata kalau kita 'control' sikit??Lebih2 lagi bila dikhalayak ramai. Kenapa perlu takut kalau sahabat kata "Hipokritlah kau nie"..ayat tu ada membawa apa2 kerugian ker berbanding dengan maruah yang tergadai dek mulut2 orang??"Ish..muka dah lawa, gelak macam langsui"..erm..dah biasa dah dengar org cakap macam ni..tak sedap didengarkan?? Simpanlah gelak tu..buat kat umah jer..(^_^)v

Petua kali ini-->
1) Banyakkan senyum dari ketawa.
2) Bersangka baik tapi berhati2.
3) Elakkan marah.
4) Tenangkan hati sendiri.
5) Sentiasa rasa diri kita cantik (Untuk keyakinan dan bukan
riak')
6) SABAR
7) Sentiasa lakukan terbaik dalam setiap pekerjaan.
8)IKHLAS

Mungkin pandangan orang kita tidak cukup cantik, tapi jadikan diri kita cantik setiap hari..

SEMAKIN HARI, SEMAKIN CANTIK(^_^)V
Cantik kan ROSE..wanita sering dikaitkan dengan ROSE..ketika cantik dipuji, dicium..harum..suatu hari bila ROSE mula layu..tong sampah jawabnya..
Kenapa tidak disimpan dalam buku? Atau 'seal' sebagai penanda buku..bukankah akan memberi makna dan berguna?
Andaikan begitulah wanita..serba cantik dipandang, kurang sikit..erm..jatuh wang hantaran kata orang2 tua..renung2 kan..
ermm..rendah hantaran itu bukankah lebih mulia di sisi Allah? Tapi berpada2 lah yer (^_^)v Berfikiran +ve..

Selamat mencantikkan diri wahai wanita2 cantik!!

-Wassalam-

No comments:

Post a Comment