SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Monday, June 20, 2011

Hilangkan Parut Campak


Salam Ukhwah (^_^)

Demam campak selalunya akan kena pada sesiapa sahaja yang belum pernah kena. Campak dan satu lagi 'chicken pox'(melayunyer tak tahu..hehe)..Kesian kalau kanak2 yang terkena penyakit ini..

campak pada kulit..merah dan gatal2


Pagi ni terbaca tentang petua untuk hilangkan parut terkena campak. saya pun dah pernah kena dan alhamdulillah, tak ada parut. Kena tu masa sekolah rendah. Mama guna daun bamboo untuk mandikan dan sapu kat badan ni..samalah macam cara pertama di bawah.

Pilihan 1:
Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama 3 hari.
Selain: Blend daun bamboo dan mandi setiap hati untuk hilangkan gatal2 pada badan (yang ni mama saya buat)


Pilihan 2:
Rebus daun semambu diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
Pilihan 3:
Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Amalkannya selama beberapa hari.


Bila anak-anak atau orang dewasa sekalipun, terkena demam campak, rujuk pada doktor kerana keadaan mungkin boleh menjadi lebih parah kerana campak dan 'chicken pox' boleh merebak ke dalam tubuh dan mengganggu fungsi organ kita.

Untuk chicken pox tak pasti boleh digunakan cara di atas atau tidak. Sebab masa terkena chicken pox masa form 4, saya sapu ubat klinik jer. Parut pun hilang dengan sendiri.

Di kampung, air kelapa diamalkan. Alasannya untuk mengeluarkan sakit di dalam. Iaitu biar bintik2 keluar dengan banyak. JIka tidak keadaan boleh jadi lebih parah.




Untuk pengetahuan juga, air kelapa
adalah penawar kepada ubat-ubatan. Jadi, saya nasihatkan minum air kelapa dulu..dan baru makan ubat. Jangan selang-selikan pengambilan air kelapa dan ubat. Kerana fungsi ubat akan hilang..
Gambar bagaimana demam campak bermula

(^_^)v Selamat mencuba
-Yang baik dikongsi bersama-

Wassalam

No comments:

Post a Comment