SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Friday, June 24, 2011

ID-INFINITY

Salam Ukhwah..


Kali ini saya buat hal lagi.Join ID..Bisness FB lah kononnya..
ID ni lebih kepada perkenalkan system ID..
Saya buat registration RM100 dan saya didaftarkan bawah upline saya..
Kemudian nama saya masuk ke dalam system dan seterusnya saya dapat saya punya link..ataupun page sendiri..dalam page tu saya buat pendaftaran kepada ahli2 baru..
Bisness ini menggunakan system piramid..


Biz ini ada orang panggil sebagai keuntungan atas angin..saya pun belum cari dalam kamus apa maksud tersebut. Tapi apa yang saya pasti, dari pembacaan system ini HALAL. Mendapat keuntungan dari hasil perkenalkan system adalah HALAL.

Itulah sebabnya saya join..
Keuntungan dari sini saya nak buat shopping jer..sebab saya suka shopping..hehe(tak nak lah buat makan,gaji kan dah ada)

Dalam dua hari ni, saya dapat rm300(i'm not kidding)..
Dah boleh lepas tu sewa umah untuk bulan depan..hehe..
OK lah..nk update blog jer sebenarnya..

Jika ader saper2 nak join,

ANDA MESTILAH SEORANG YANG RAJIN, MACAM SAYER (hahaha)
TAK MUDAH PUTUS ASA, MACAM SAYA(ngeee)
SEORANG YANG SABAR..(Amat penting)

Add SAYA di Facebook dan nanti inbox yer..
Jika anda downline saya, kita akan usaha bersama-sama..
SAYA AKAN GUIDE KAMOO(^_^)V


Wassalam v(^_^)v

Monday, June 20, 2011

Hilangkan Parut Campak


Salam Ukhwah (^_^)

Demam campak selalunya akan kena pada sesiapa sahaja yang belum pernah kena. Campak dan satu lagi 'chicken pox'(melayunyer tak tahu..hehe)..Kesian kalau kanak2 yang terkena penyakit ini..

campak pada kulit..merah dan gatal2


Pagi ni terbaca tentang petua untuk hilangkan parut terkena campak. saya pun dah pernah kena dan alhamdulillah, tak ada parut. Kena tu masa sekolah rendah. Mama guna daun bamboo untuk mandikan dan sapu kat badan ni..samalah macam cara pertama di bawah.

Pilihan 1:
Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama 3 hari.
Selain: Blend daun bamboo dan mandi setiap hati untuk hilangkan gatal2 pada badan (yang ni mama saya buat)


Pilihan 2:
Rebus daun semambu diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
Pilihan 3:
Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Amalkannya selama beberapa hari.


Bila anak-anak atau orang dewasa sekalipun, terkena demam campak, rujuk pada doktor kerana keadaan mungkin boleh menjadi lebih parah kerana campak dan 'chicken pox' boleh merebak ke dalam tubuh dan mengganggu fungsi organ kita.

Untuk chicken pox tak pasti boleh digunakan cara di atas atau tidak. Sebab masa terkena chicken pox masa form 4, saya sapu ubat klinik jer. Parut pun hilang dengan sendiri.

Di kampung, air kelapa diamalkan. Alasannya untuk mengeluarkan sakit di dalam. Iaitu biar bintik2 keluar dengan banyak. JIka tidak keadaan boleh jadi lebih parah.




Untuk pengetahuan juga, air kelapa
adalah penawar kepada ubat-ubatan. Jadi, saya nasihatkan minum air kelapa dulu..dan baru makan ubat. Jangan selang-selikan pengambilan air kelapa dan ubat. Kerana fungsi ubat akan hilang..
Gambar bagaimana demam campak bermula

(^_^)v Selamat mencuba
-Yang baik dikongsi bersama-

Wassalam

Saturday, June 18, 2011

Wanita dan loceng


Salam ukhwah..(^_^)v

Kerap kali kita terdengar wanita moden memakai gelang dengan loceng. Hal ini terutama wanita moden. Mungkin mereka tidak tahu hukum memakai gelang dengan loceng..Buat pengetahuan, HUKUMNYA ADALAH HARAM..

Mari lihat tafsir kepada ayat 31 surah an-Nur:

وقوله تعالى {ولا يضربن بأرجلهن} الاَية, كانت المرأة في الجاهلية إذا كانت تمشي في الطريق وفي رجلها خلخال صامت لا يعلم صوته, ضربت برجلها الأرض, فيعلم الرجال طنينه, فنهى الله المؤمنات عن مثل ذلك, وكذلك إذا كان شيء من زينتها مستوراً فتحركت بحركة لتظهر ما هو خفي دخل في هذا النهي لقوله تعالى: {ولا يضربن بأرجلهن} إلى آخره ومن ذلك أنها تنهى عن التعطر والتطيب عند خروجها من بيتها ليشتم الرجال طيبها, فقد قال أبو عيسى الترمذي: حدثنا محمد بن بشار, حدثنا يحيى بن سعيد القطان عن ثابت بن عمارة الحنفي, عن غنيم بن قيس, عن أبي موسى رضي الله عنه, عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال «كل عين زانية والمرأة إذا استعطرت فمرت بالمجلس فهي كذا وكذا» يعني زانية, قال وفي الباب عن أبي هريرة: وهذا حسن صحيح, رواه أبو داود والنسائي من حديث ثابت بن عمارة به.

Berkata Allah SWT: “Dan janganlah mereka menghentak kami mereka….”. Pada zaman jahilliah, ketika wanita-wanita itu melalui jalan-jalan atau lorong-lorong, di kaki mereka mempunyai gelang dan tiada sesiapa yang dapat mengetahui (mendengar) bunyinya, maka mereka menghentakkan kaki mereka ke bumi supaya orang-orang lelaki dapat mendengar bunyi gelag itu. Allah SWT melarang wanita beriman daripada hal seperti itu. Begitu juga jika ada sesuatu hiasan yang tersembunyi, dan perempuan itu menggerak-gerakkannya untuk menzahirkan apa yang tersembunyi padanya, maka ia termasuk di dalam larangan ini: “ Dan janganlah menghentak-hentakkan kaki mereka…hingga akhir ayat. [Tafsir Ibn Kathir]

{ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ } أي: لا يضربن الأرض بأرجلهن، ليصوت ما عليهن من حلي، كخلاخل وغيرها، فتعلم زينتها بسببه، فيكون وسيلة إلى الفتنة.

“ Dan janganlah menghentak-hentak kaki mereka supaya diketahui apa yang disembunyikan daripada perhiasan mereka”. Maksudnya: Janganlah dihentak-hentak bumi dengan kaki mereka supaya berbunyi perhiasan mereka, seperti gelang-gelang kaki dan lain-lain. Dan oleh sebab itu (hentakan kaki tersebut), diketahui perhiasannya, maka ia menjadi wasilah kepada fitnah. [Taisir al-Karim ar-Rahman, asy-Sheikh as-Sa’di]

Kesimpulan: ayat surah an-Nur:31 menunjukkan larangan menghentak-hentakkan kaki ke bumi kerana ia akan menyebabkan perhiasan yang tersembunyi seperti gelang kaki diketahui oleh lelaki-lelaki bukan mahram. Maka, jika setakat memakai gelang kaki sahaja, tidaklah mengapa selagi mana tidak dihentak-hentakkan kaki hingga bunyinya didengari hingga lelaki-lelaki bukan mahram mengetahu ada perhiasan di dalamnya. Akan tetapi dalam kes memakai gelang kaki yang berloceng, kesnya berbeza. Walaupun kaki tidak dihentak-hentakkan, apabila wanita tersebut bergerak, berjalan dan lain-lain, maka bunyinya masih terhasil dan ia termasuk di dalam larangan di dalam ayat ini. Ini kerana yang menjadi punca larangan bukanlah kerana menghentak kaki, akan tetapi larangan tersebut adalah kepada ‘pengzahiran’ perhiasan yang tertutup. Wallahua’alam.

Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:

"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng"

Oleh yang demikian, elakkanlah dari memakaikan gelang kaki/tangan yang ada loceng pada anak perempuan..

Jelaskan dengan ayat di atas..Memakai gelang kaki atau gelang2 lain adalah tidak haram. Tetapi bila memakai bersama loceng dan berbunyi, ini akan menarik perhatian lelaki. Ini adalah sebab kenapa HARAM. Bukan sahaja loceng,malahan wanita apabila berjalan tidak sepatutnya mengeluarkan apa2 bunyi termasuk tapak selipar atau pun 'heel'. Ini juga boleh menarik perhatian lelaki..

Memakai gelang kaki berloceng juga kerap disamakan dengan pelacur..sudah tentu kita tidak mahu diri kita disamakan begitu..

Wallahualam..semoga kita sama2 mengambil iktibar dan saling berpesan..

Tuesday, June 7, 2011

LOREAL SHAMPOO

Salam ukhwah..

Entry kali ni tentang syampu yer..(^_^)
Dah habis sabun, syampu pula yer??
Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan..betulkan..

Bagi yang terlampau obses untuk cantik,asal ada iklan barangan baru mesti nak cuba kan?
Saya bukan jenis yang begitu..sebab itulah kalau ada barang baru saya bukanlah orang yang pertama atau antara orang pertama yang akan cuba..sebab, takut untuk menghadapi risiko..ermm..manalah tahu kalau2 bila mencuba tidak seperti yang diharapkan..

Tubuh badan kita akan turut matang dengan meningkatnya usia..jadi, mungkin barangan yang dulu kita pakai dah tidak sesuai dengan usia kita kini..

Ambil contoh diri saya..seingat saya dari darjah 6 atau mungkin tingkatan 1 saya mula pakai sunsilk.dari limau purut dan lepas tu bertukar pada herba..memang serasi..rambut makin panjang pun cantik je..sahabat2 akan tanya..rebonding yer? Sekalipun tak pernah yer..rambut hanya gunting dan minyak johnson sahaja..

Sampai 1 tahap syampu tu dah tak sesuai..dah lama saya terfikir untuk tukar kepada yang lain tapi masih ragu2 sebab rambut mula kasar dan gugur..

RM 22.90 (PROMOSI BUAT MASA INI DI GUARDIAN)

Kesimpulan terlalu awal untuk dibuat tapi syampu terbaru saya guna 2kali dah menunjukkan rambut lebih lembut..tak perlu guna sikat..hehe..seronok kan?
Yang saya guna ni untuk rambut rosak..So, this is for hair repairing..special foanyalah untuk damage hair..
Saya tak gunakan krim untuk hair repair sebab saya sedikit kemalasan selalunya..
Ini hanyalah salah satu percubaan yang saya lakukan..kalau sesuai lepas ini mungkin saya akan gunakan(^_^)..

Bila bertudung, penjagaan rambut 2x ganda lebih dari yang tidak bertudung..INGAT TU..jadi pilihlah penjagaan rambut yang selesa dan sesuai dengan kita..

-->>Yang baik dikongsi bersama<<--
-WASSALAM-