SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Monday, April 25, 2011

PEMAKAIAN CINCIN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH

Salam Ukhwah..(^_^)v

Banyak kali saya terbaca tentang pemakaian cincin tapi terlupa untuk dikongsikan di sini. Cara pemakaian cincin ni kalau dilihat, selagi ada orang pakai. Sesetengahnya pakai di jari yang tidak sepatutnya. Jadi, apa kata kita ikut sunnah Rasulullah dalam pemakaian CINCIN??

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis


2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah


2] jari telunjuk



Nabi Muhammad SAW melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ia adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut AS.

Nota : panduan memakai cincin ini berguna untuk lelaki dan juga perempuan.Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak, sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah. Nabi SAW memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW, dapat pahala.

walLahualam.

-SELAMAT BERAMAL-
Wassalam..(^_^)v

No comments:

Post a Comment