SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Monday, April 25, 2011

PEMAKAIAN CINCIN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH

Salam Ukhwah..(^_^)v

Banyak kali saya terbaca tentang pemakaian cincin tapi terlupa untuk dikongsikan di sini. Cara pemakaian cincin ni kalau dilihat, selagi ada orang pakai. Sesetengahnya pakai di jari yang tidak sepatutnya. Jadi, apa kata kita ikut sunnah Rasulullah dalam pemakaian CINCIN??

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis


2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah


2] jari telunjuk



Nabi Muhammad SAW melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ia adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut AS.

Nota : panduan memakai cincin ini berguna untuk lelaki dan juga perempuan.Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak, sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah. Nabi SAW memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW, dapat pahala.

walLahualam.

-SELAMAT BERAMAL-
Wassalam..(^_^)v

Sunday, April 17, 2011

TRANSFER FACTOR 4LIFE

Salam ukhwah..(^_^)v

Makin lama makin malas nak update blog..kenapa lah yer? Sebab dah lama tak update, kali ini saya kongsikan info tentang penjagaan kesihatan yang 'miracle'!!



Apa itu transfer factor?

Transfer factor adalah molekul pembawa maklumat halus yang memindahkan maklumat imuniti dari satu entiti ke satu entiti yang lain, seperti di antara ibu yang menyusukan bayi yang baru dilahirkan. Transfer factor terkandung di dalam kolostrum susu ibu (bagi mamalia) dan kuning telor (bagi burung dan reptilia). Klik DI SINI untuk maklumat asas yang lebih terperinci tentang transfer factor.


Apa itu kolostrum?

Kolostrum adalah susu awal ibu yang diperolehi dalam tempoh satu hingga tiga hari selepas bersalin. Selain dari mengandungi berbagai nutrien untuk kesihatan bayi, ia juga mengandungi transfer factor.


Saya rasa saya cukup sihat, perlukah saya mengambil Transfer Factor?

Transfer Factor mendidik sistem imun untuk mengenali dan sentiasa bersedia menghadapi musuh yang datang menyerang pada setiap saat. Sistem imun bekerja tanpa henti dan kadangkala terpaksa berkerja "overtime" untuk melindungi diri kita dari sebarang bahaya. Proses penuaan dan kehidupan di zaman moden menjejaskan fungsi sistem imun dan ia perlu disegarkan semula agar terus dapat melindungi diri kita.

Apakah penyakit yang Transfer Factor boleh bantu menyembuhkannya?

Semua penyakit dalam kategori jangkitan viral, penyakit berparasit, penyakit malignan, penyakit mikobakterial, penyakit bakterial, jangkitan fungus (kulat), penyakit autoimun dan penyakit neurologikal; dari yang ringan seperti selsema kepada yang berat seperti barah, sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, bisa lutut, sawan, alergi dan sebagainya. Apabila seseorang itu berpenyakit, itu menunjukkan bahawa sistem imunnya sudah kalah. Transfer Factor akan mengejutkan sistem imun dari tidur dan merangsangnya untuk melawan mikro-organisma yang menyebabkan penyakit tersebut.
Maklumat Lanjut dari: http://www.kesihatan.biz/artikel/transfer_factor.php

Sepanjang pengetahuan saya, ini adalah penjagaan kesihatan terbaik dan juga penyembuh terbaik. TF menyerang apa juga sel asing dalam tubuh manusia. Ini termasuk juga sel barah. Dah banyak pesakit kanser dan penyakit2 lain telah sembuh setelah mengambil TF sebagai salah satu ubat mereka. Saya tidak boleh bercerita dengan panjang lebar kerana saya bukan orang yang berpengalaman dalam bidang ini. Tapi kalau sesiapa ingin order atau tahu lebih lanjut, boleh email saya di FB dan ensyaallah saya akan kenalkan sahabat2 kepada orang yang lebih tahu tentang produk ini.

Masalah wanita juga ensyaallah boleh selesai dengan pengambilan produk kesihatan ini.. Saya pernah mengambilnya dan alhamdulillah..

-Info yang baik dikongsi bersama-


Friday, April 8, 2011

Pembuatan TELUR PALSU/ TIRUAN

SALAM UKHWAH

Entry lepas tentang TELUR PALSU/TIRUAN. kali ini cara pembuatan pula.. Sebelum itu, ingin dimaklumkan bahawa telur ini telah pun wujud di Penang. Ini berdasarkan pembacaan saya. Mungkin juga telah dipasarkan ke tempat2 lain juga..hati2 yer..

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan..


Bahan-bahan kimia yang digunakan:


Erm..tak faham yang ditulis..



Cara pembuatan telur yang telah diulas oleh seorang wartawan:


Antara yang digunakan



Bubuk dicampur dengan pewarna untuk mendapatkan warna seperti kuning telur.Cairan kuning telur kemudian dituang kedalam cetakan plastic yang berbentuk telur dan dicampur dengan bahan kimia tertentu




Pencampuran bahan-bahan tersebut akan membuat membrane luar yang membungkus kuning telur tersebut.
Setelah kering, dikeluarkan dari cetakan dan diberi bahan tertentu untuk melapisi membrane dan dibiarkan mengering .Ini untuk membentuk kulit telur bagian luar.






Kalau digoreng atau direbus , tidak jauh berbeza dengan telur asli.Tapi rasanya tidak sama.

Ingat yer..telur asli mempunyai ruang udara di dalamnya dan bentuknya bukanlah bujur sempurna..

Wassalam (^_^)v

Thursday, April 7, 2011

Telur PALSU??


Salam ukhwah..

Dah lama tak update..Take time jap untuk info semua terutama ibu2 tentang wujudnya telur PALSU ini..



Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi sorotan di Korea . Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China , yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhawatiran besar di antara penduduk Korea . Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, “Hidup tanpa produk-produk buatan China .” Acara tersebut menelusuri kehidupan tiga keluarga di Korea Selatan , AS , dan Jepang yang menolak menggunakan produk-produk buatan China . Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian publik Korea .Telur palsu di China dibuat dari unsur
tawas, yang sangat berbahaya bila dikonsumsi dalam waktu yang lama. (Dari blog lain)

Tak pasti di Malaysia ada atau tidak. Tapi sekurang-kurangnya kita tahu telur pun dah boleh dipalsukan. Mengikut pembacaan saya, telur ni mempunyai aroma yang sama dengan telur sebenar. Cuma yang berbeza dari segi keanjalan telur. Telur putih yang lebih liat seperti nata de coco katanya dan kuning telur yang amat bulat. Perbezaannya juga dapat dilihat dari gambar di atas.

Setahu saya Malaysia aktif dengan penternakan ayam untuk hasilkan telur sendiri. Tapi kita juga perlu berhati-hati kerana Malaysia juga mengimport bahan makanan dari luar terutamanya China. Manalah tahu kot tersesat. Ini adalah untuk diri KITA, dan generasi akan datang..

Berhati-hati dengan apa yang KITA makan..(^_^)v
Wassalam..