SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Tuesday, February 22, 2011

Molekul Air

//Salam ukhwah..//
'Simple entry' untuk semua hari ini..
Molekul air.
Ramai yang tak tahu betapa cantiknya molekul air dengan kata-kata indah. Bukan hanya dengan ayat2 Al-Quran, tetapi juga bila kita berkata2..


Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.


Percubaan diulang dengan membacakan kata, “
Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. Ketika 500 orang memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!

Bagaimana pula rupa molekul Air ZAM-ZAM yang selalu orang tercari2 setiap kali orang balik Makkah?


Indah kan?? Inilah salah satu sebab kenapa air digunakan dalam perubahan Islam..
Bila berdepan dengan air, berkata2 indah..tambahan pula air yang kita minum akan menjadi sebahagian dari diri kita..
Sesungguhnya berkata baik itu sebahagian dari Rasulullah..


Wassalam..(^_^)v

No comments:

Post a Comment