SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Wednesday, August 24, 2011



Salam Ukhwah..

Kita semua mesti dalam mood raya kan..
Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf jika ada silap dan salah sepanjang perkenalan, ataupun ada 'entry' yang saya tulis menyentuh hati atau buat sahabat-sahabat marah..Apa yang saya taip, itu adalah lahir dari hati saya, pendapat saya dan cerita saya. Jika ada persamaan, itu semua hanyalah kebetulan..
Semoga Akhir Ramadhan ini dapat kita manfaatkan dengan baik..
Syawal yang bakal menjelma akan membawakan sejuta kebahagiaan dan kesyukuran..

Ramadhan berakhir munculnya Syawal,
Hari bahagia, hari kemenangan,
Persiapan dibuat pastinya awal,
Ingat sahabat jangan berhabisan.


Pelita dipasang ditepi muara,
Cahaya memancar indah di mata,
Riang gembira bertemu saudara,
Jangan dilupa pada yang berduka.

Wassalam(^_^)v

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H


Ramadhan muncul lagi..setengah orang yang suka beribadat akan menganggap betapa bertuahnya diri bila sekali lagi bertemu Ramadhan. ada yang masih berfikir, "Dah nak kena puasa lagi"..Sesetengah orang sibuk perli-memerli antara satu sama lain.."Tahun ni dah cari port mana nak makan siang?" Jadi yang mana diri kita? Harapnya pembaca2 'entry' adalah orang2 yang merasa dirinya bertuah kerana sekali lagi bertemu RAMADHAN..

Kenapa tidak kita beri rangsangan yang baik kepada orang lain? Bukankah itu lebih baik dari perli-memerli? Bukankah itu lebih banyak ganjaran dari sekadar memberi ruang untuk leka berjenaka? Isu puasa juga boleh dibuat jenaka. Perkara biasa..dan mungkin juga sebagai teguran cara halus..yang mana lebih memberi kesan? Apa pun cara kita, saya cuma ingin berpesan..jangan sampai timbul rasa yang tidak mesra dan merosakkan ukhwah antara kita..(^_^)v

Untuk sempurnakan Ramadhan 1432H mari kita:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

4. Rendahkan pandangan;

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin.


Ini hanyalah sebahagian dari fadhilat bulan Ramadhan..

Manjaga diri adalah menjaga ibadah kita dengan ALLAH..Semoga Ramadhan ini akan mendekatkan diri kita dengan pencipta..

-SALING BERPESAN ANTARA KITA-

Wassalam(^_^)V..