SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Tuesday, July 5, 2011

Ladies Vs High Heels??

Salam Ukhwah, Hi ollz.

Ladies@Wanita dan High Heels@ kasut tumit tinggi dah memang tak dapat dipisahkan..Tak semua wanita menyukai,namun kebanyakan memilih untuk bergaya dan keselesaan..


Selesa ke 'High Heel?'

Kalau tak selesa, takkan orang pakai, kalau tak cantik takkan orang beli..kan? Sue, sahabat saya ada berikan link tentang pemakaian 'High Heel' ni. Bila baca, input menarik dan saya kongsikan di sini(^_^)v

1. Low heels : Ukuran tumit kurang dari 6cm ( 2.5″)

2. Mid heels : Ukuran tumit antara 6 cm hingga 8.5 cm (2.5″– 3.5″)

3. High Heels :Ukuran melebihi 8.5 cm ( 3.5″)


Saiz kasut tumit paling tinggi adalah 3.5″ =8.5 cm.kalau 3" belum lagi high heels yer..Kebanyakan wanita memakai jenis low heels dan juga middle heels.High heels selalunya dipakai para model ketika melakukan catwalk dan fashion show. Selalunya wanita akan pakai untuk majlis formal ataupun untuk bergaya. Orang yang rendah amat sesuai dengan 'high heels' untuk menampakkan mereka lebih tinggi.

Di sini ada beberapa panduan perlu diikut agar kita tidak tersilap membeli.

Jangan beli heels pada waktu malam

Kalu anda semua belajar sains mesti percaya dengan konsep pengembangan kan?
Ini memang ada kaitan dengan kaki kita juga.Pengembangan kaki paling maksimum adalah ketika waktu petang.Maka,itu waktu terbaik untuk kita membeli kasut.

Sesuaikan dengan berat badan

Inilah pentingnya kita tahu bentuk badan dan berat badan kita.Maksudnya disini,jika ingin membeli kasut sila cuba dahulu dan pastikan tiada tekanan yang kuat dari badan ke kaki yang menyebabkan kesakitan dan lenguh pada kaki.Dengan kata lain,kalu badan agak berisi,pilihlah dari jenis low heels.Kalau yang model kurus tinggi,high heels tiada masalah pada anda.

Pastikan saiz yang sesuai

Tidak semestinya kasut flat atau selipar anda bersaiz 5 maka kasut tinggi anda juga bersaiz 5. Anda perlu mengukur kaki dengan kaedah cuba jaya. Apabila ingin mencuba, pastikan memilih dua saiz kasut yang berbeza. Ini penting agar kasut tidak menjadi bebanan kepada kita jika ingin berjalan-jalan.


Bukan jenama pilihan utama


Jenama bukanlah pilihan utama untuk membeli kasut.Ianya mengikut kesesuaian dan bajet pembeli juga. Mungkin akan terasa sedikit gah dengan memakai sepatu berjenama namun berbaloikah jika tidak selesa?

Elakkan penggunaan kasut yang diperbuat dari material synthetic fiber macam plastik atau nilon. Material ini boleh buatkan kaki anda melecet dan cedera.

Pemakaian kasut tumit tinggi pada jangka waktu yang sekejap sahaja tidak mengapa,tetapi jangan melebihi jangka waktu 4jam kerana akan menimbulkan kesan:

1.Masalah pada tulang rahang,leher dan kepala,gannguan kitaran haid dan juga kesuburan wanita.
2.Kencing tidak lawas dan sakit belakang.
3.Kecacatan haglunds berlaku apabila tumit bahagian belakang membesar sehingga kaki bengkak dan meyakitkan.

Bila nak beli high heels nanti, fikir, beli dan enjoy. Jangan beli, tak enjoy dan baru nak fikir yer..hehe..Bagi saya, WEDGES HEELS lebih selesa dan nampak formal(^_^)v


BERGAYA MENGIKUT KESESUAIAN, KESELESAAN,KESIHATAN DAN KEMAMPUAN
v (^_^)V


-Wassalam-

No comments:

Post a Comment