SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Wednesday, July 14, 2010

MASK TELUR

Salam semua..

Semalam saya dah buat mask untuk buang benda2 yang saya tak suka kat muka ni. So, di sini saya kongsikan..post yang lepas saya dah terangkan bagaimana. Tapi mungkin tak cukup jelas kan? Ha!! Ni siap dengan gambar sekali.

-->>Sebaik2nya buat sebelum tido dan pakai sepanjang tido hinggalah keesokan harinya(^_^)

Bahan2 kita perlukan>>>>>

1) Putih telur


2) Kapas yang dinipis2 kan..

Sediakan banyak2 sebab bila tampal kat muka, perlu tebal2

3) Celupkan kapas dalam telur putih dan tampal pada muka..masa celup, pastikan telur kena pada keseluruhan kapas. Supaya melekat dengan baik (^_^)


Lawak plak muka model nie..ngehehe(*_*)
Jangan lupa tampal tebal2 yer..senang nak buka nanti dan lebih kuat tarikan pada blackhead dan whitehead nati

4) Bangun solat subuh esoknya, boleh lah buka..dari atas kebawah tau..(macam cerita THE MASK pulak..hehe)


Rupa sebenar..hehe

Jangan buang dulu..Simpan kejap. Nanti apa yang melekat pada mask tadi akan makin jelas. Boleh nampak yang melekat di bahagian dalam.

Alamak..Tak nampak lah pulak..sorry yer..guna handset jer..kalu nak tgk, buatlah sendiri k..

Selamat mencuba!!

Monday, July 5, 2010

Libresse


Salam semua..

Tuala wanita atau pun 'pads' memang dah sinonim sangatt dengan wanita kan? Dah macam-macam 'brand' kita dah pernah cuba.Termasuk lah 'pantyliner'..huh! ada yang sesuai, ada yang tak sesuai..

Macam saya sendiri, susah sangat nak cari yang sesuai memandangkan kulit sensitif..bila saya tanya sahabat, katanya dia juga mempunyai masalah yang sama.. kadang-kadang sampai melecet kulit.. ada yang diperbuat dari kapas dan ada yang diperbuat dari plastik..haaaa..yang plastik itulah sampai melecet kulit.

One day, sahabat saya ni kata nak singgah kedai nak beli 'pad'. Saya pun ikutlah dia..sampai tempat yang dihajati, banyak sangat pilihan yang ada. Then suddenly teringat iklan Kak Adibah Nor.."PAHAM2 LAHHH" siap buat iklan lagi kat situ. Adalah dekat 10 minit kami berbincang kat situ. (lamaaaaaaaa kan?)Sampaikan salesman yang ada, angkat kaki.(segan agaknya)..Sahabat saya yang kononnya pakar mula lah mengomen tiap 'brand' yang ada di situ..last2..amik keputusan mencuba 'Pad' Libresse..saya yang hari normal ni pun gatal nak mencuba..so saya ambil 'pantyliner'..

The other day, sahabat saya tu datang ke rumah dan guna ayat power " Hari ini mak pakai Libresse..selesa nyahhh(bahasa yang selalu diguna, dia wanita tulen..hehe)..saya yang belum cuba "pantyliner" pun gatal nak mencuba..bila dah pakai,memang best amat!!! Waktu period pun saya cuba..memang selesa..betul2 ikut 'posture' "PAHAM2 LAH" tak bocor pon..nak cuci pon senang..Dah x luka-luka..waktu period lebih baik dari dulu..hehe



--->> Berita baik, kita kongsi bersama..kan..kan..
--->> Belum cuba, belum tahuuuuu

See yaaaaaaaaaa!!

Friday, July 2, 2010

Petua Untuk Masalah Batuk


1. Batuk dikalangan kanak-kanak sungguh mengganggu dan jika dibiarkan boleh memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi
dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu. Insya-Allah, ia akan pulih.

2. Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina ( orang cina panggil bo ho ) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.

3.Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

4. Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih bauk dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur. Insya- Allah, mujarab

Petua Untuk Masalah Keputihan & Kencing Tidak Lawas



1. Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan dan gatal. Cuba cara ini, ramas 12 helai daun sirih bersama seliter air suam. Tapis dan gunakan air itu untuk membasuh kemaluan anda, dimulakan dengan selawat. Selain menghilangkan gatal dam bau ia juga berupaya merapatkan kembali bahagian sulit.

2. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali dan cuci bersih serta direbus didalam periuk. Setelah mendidih, angkat serta bubuh sedikit garam. Kemudian cuci kemaluan dengan air rebusan yang suam. Lakukan tiga kali seminggu. Keputihan dan gatal-gatal akan hilang.

3. Jika anda mengalami kencing berdarah atau tidak lawas, ambil segenggam barli, basuh dan rebus hingga kembang. Masukkan sebuku garam. Apabila hendak minum campurkan sedikit gula. Amalkan setiap hari hingga penyakit anda senbuh.

4. Ambil lobak putih, dibersih dan diparut halus. Campurkan
bersamaa beberapa ketul gula batu dan embunkan semalaman. Selawat tiga kali dan minum setiap pagi. Anda tidak lagi sukar membuang air kecil.

Buang 'blackhead'

Geramkan dengan bintik hitam? Kadang2 picit jer guna jari. Tapi tinggalkan parut lah pulak..so apa kata kita cuba petua2 nie..


1.Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu pada tempat yang mempunyai bintik hitam. Apabila telah kering, tanggalkan tisu tersebut. Cuci muka dengan air dan pencuci muka. Lakukannya dua kali seminggu.

atau..

2. Gunakan kapas..sehalai kapas, siat2 jadi nipis..celup dalam telur putih dan tampal byk2 kat muka.tampal seluruh muka. kecuali keliling mata dan bibir. tido lah dalam keadaan itu..sabar yaaa..bau nya amatlah tak menyenangkan..

Bila bangun subuh, boleh lah bukak.susah sikit. tapi perlahan2 yer dari atas ke bawah. nanti boleh nampak blackhead yang melekat kt topeng tu..memang berpuas hati. muka pun rasa licin aje.. (Yang ni saya dah cuba)


------>>SELAMAT MENCUBA!!

Membuang lemak di badan

Petua 1 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Petua 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


dari--->>>http://www.petua.org

***JOM KITA SAMA2 CUBA YAAA

Thursday, July 1, 2010

Makanan yang berkhasiat..

1. Berries
Apa2 jenis berry adalah rendah gula dan tinggi 'fiber'. Menurut kajian makmal 'Blueberries' terbukti sebagai penguat memori .. 'resberries' dan 'strawberries' pula penuh dengan 'allergic acid' yang merupakan anti kanser ,menurut kajian American Cancer Society.

2. Beans
Tinggi dengan serat untuk mengawal berat badan, kencing manis, hindari 'colon cancer' dan serangan jantung. Setiap cawan 'beans' membekalkan 11-17 gram serat. National Institute of Medicine cadangkan 25-38gram serat setiap hari.

3. Nuts
Makan 'nuts' secara teratur setiap minggu akan mengurangkan risiko serangan jantung dan sakit jantung. Dengan hanya 1 auns tiga hingga lima kali seminggu boleh memberi kebaikan kepada kita.

4.Wild salmon
Ikan merupakan makanan awet muda. Ikan dari laut sejuk seperti salmon dan sardin mempunyai omega 3 yang baik untukmemelihara otak, jantung, perasaan dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

-->> to be continue...