SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Tuesday, September 13, 2011

Sumber Ayu



Lulur Mandi yang BEST!!

Salam ukhwah semua..


Dah lama tak berkongsi info kan kt sini. Saya bukan pandai sangat tentang kecantikan. Scrub badan pun tak.. Tapi itu dulu laa..hehe..itupun bila ada sahabat yang suka scrub badan, dia kata bila scub badan ataupun lulur ni rasa BEST sangat2. Dia ada 'suggest' satu product, tapi saya kurang berminat. Saya ni suka pada benda yang natural. Tapi tak suka yang bau terlalu wangi.


Pelik kan? Tapi itulah saya.


Satu hari tu saya dan sahabat jalan2 waktu 'lunch hour'.Kebetulan ada kedai baru buka area 'office' kami. Di situlah mulanya pemilihan
'lulur mandi'. Masa itu juga sahabat tunjukkan saya lulur yang digunakan. Tapi saya sedikit degil dan pilih untuk mencuba SUMBER AYU-KOPI..


Lulur mandi Natural SPA, terbuat dari bahan alami yang memberikan sensational scrub baru, mengangkat kotoran dan kulit mati serta membuat kulit lebih halus terawat dan tampak lebih cerah. Lulur ini bersihkan kotoran dan sel kulit mati sehingga membuat kulit terlihat bersih dan halus..(keterangan dari blog lain yang saya ambil..hehe)



Nampak biasa-biasa je kan?tapi memang betul cerita tu..hehe..lepas lulur memang badan rasa lebih licin dan lembap. Tak perlu banyak masa untuk lulur badan..2 atau 3 kali seminggu, dalam 5/6minit pun cukup bagi saya. Tapi lagi lama lagi BEST lahhh..

Dari segi harga, bagi saya ia mampu dibeli..x sampai rm15 pun.Mungkin ada kedai yang menjual lebih dari harga tersebut. Jadi runding2 lah yer(^_^)v..Online pun ada jual..terkejut juga dengan harga rm32.00..kalau macam tu saya pun nk jual juga lah..kuikui(iyer2 jer)

Mudah didapati di kedai2 jamu..atau kedai2 produk terpilihh..
Ops!!! iklan ini tidak berbayar yer..sekadar berkongsi info..
Tak perlu lah beli online barang2 sebegini..kalau berminat dan tak tahu dimana nak dapatkan, boleh ym/tinggalkan pesanan di ruang chat ya..saya akan bantu anda..(^_^)v

Serba sedikit maklumat dari sini-->>http://unza.okezone.com/uvshop/index.php/catalog/Products/1


-SEKADAR BERKONGSI INFO-
-CANTIK LUAR DAN DALAM-

Wassalam

Tuesday, September 6, 2011

Jinak-jinak merpati

Salam Ukhwah..

Wanita suka bila dimanja..diambil berat..dibelai..segalanya tentang wanita. Kebanyakan wanita mudah untuk rapat@bersahabat dengan lelaki-lelaki yang pandai bertanya dan mengambil berat. Seorang wanita boleh mempunyai kekasih hati dan pada waktu yang sama mempunyai seorang sahabat lelaki. Selalunya ini berlaku bila si wanita tidak selesa untuk bercerita kepada pasangan. Tapi ini tidak bermakna si wanita menyimpan perasaan pada lelaki tersebut.

Hal ini adalah sama apabila si wanita boleh bercerita kepada seorang lelaki, dan bersahabat tetapi tidak menyimpan apa2 perasaan meskipun masing2 tidak mempunyai pasangan. Si wanita juga boleh bersahabat dengan ramai lelaki tanpa wujud sebarang perasaan selain dari persahabatan. Selalunya hal begini boleh menimbulkan rasa kasih dan sayang, tapi tidak semstinya berakhir sebagai pasangan kekasih.

Bagi lelaki, bila seorang wanita sudi untuk bercerita dan menunjukkan rasa 'caring' salah faham boleh berlaku. "Entah2 dia sukakan aku". Bila wujud perasaan ini, akan berlaku dua situasi. Pertama, jika si lelaki sukakan wanita tersebut dia akan terus setia sebagai teman atau mungkin meluahkan apa yang dirasa. Kedua, si lelaki akan cuba menjauhkan diri jika dia tidak berminat untuk lebih dari seorang sahabat. Akhirnya, persahabat tersebut akan hambar dan mungkin akan berakhir.

Sudah menjadi lumrah manusia suka untuk membuat andaian
tanpa bertanya. Bukankah bertanya itu lebih baik? Mungkin mengetahui perkara sebenar akan menjernihkan keadaan. Jangan hidup dalam persoalan..lelaki perlu memulakan kerana tidak semua wanita mampu untuk meluahkan perasaan suka, kasih atau sayang pada orang yang dia tidak pasti perasaannya.

Terlalu cepat membuat andai juga tidak baik. Pernyataan tanpa persetujuan dua pihak adalah tidak adil..Jangan sesekali menganggap si wanita milik kamu seandainya tiada persetujuan antara keduanya...itu silap..


Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI dan kita hanya berusaha..Teruskan usaha..Lelaki jahat untuk wanita yang jahat..dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik,lebih kurang begitu janji Allah..Untuk mendapatkan yang baik, kita perlu membentuk diri kita untuk jadi yang terbaik..

" Berikan aku seorang suami yang kaya agama, kaya harta, kaya kasih sayang dan taat pada perintahmu..Yang akan membimbingku dan anak2 ku ke jalan mu..yang setia dan mencintaiku, menyayangi keluarga ku seperti keluarganya, keluarga ku mengasihinya dan aku dikasihi keluarganya..kurniakan kami anak2 yang bijak pandai dan sempurna fizikalnya..yang akan mendoakan kami di dunia dan akhirat..Sesungguhnya CINTAKU INI SETIA MILIKNYA KEAKHIRNYA..HANYA PADAMU AKU MEMOHON DAN MEMINTA..TIADA TUHAN YANG KU SEMBAH MELAINKAN MU YANG MAHA ADIL DAN MAHA MENGETAHUI SESUATU..AMIN.."-JkS

Wassalam..
-KEARAH YANG LEBIH BAIK SETIAP HARI-