SELAMAT DATANG..

Di sini saya kongsikan sedikit petua2 yang pernah saya cuba..ada juga yang saya cuba 'search' dari website lain..kita kongsi2 kan yer..(^_^)v

Friday, May 27, 2011

HUKUM MEKAP BAGI WANITA

Salam ukhwah..
Dah terlalu lama blog ni penuh dengan sawang..hehe..dah lama tak update dengan entry2 baru..maaf ye..hari ini cuti, jadi saya ambil peluang untuk berkongsi info dan sambil berpesan2 pada diri dan sahabat semua..

Sebelum tu,mari cuci mata dengan barang2 mekap yang ada..ini salah 1idaman saya.Tapi bila fikir balik, banyak nyer..bila nak habis?membazirkan??

Ini ada lagi..boleh ke wanita mekap?? Kalau tak mekap, ada orang kata pucat..mekap tebal2 orang kata macam tepung gomak..jadi langkah selamat??erm..

Mekap natural..trend kini..walaupun natural, nak menjadi natural tu tebal juga mekapnye kan?berjam2lah mekap..

Fikiran ni tiba2 terfikir tentang hukum mekap.Sebab saya sendiri mekap terutama celak yang tak pernah boleh terlepas dari mata ni..kebetulan terbaca tentang hal ini..di sini saya kongsikan bersama..(^_^)
Info dari
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14296.0

Permasalahan memakai mekap dengan amat tipis sehingga tidak boleh dibezakan dengan wajah yang tidak memakai mekap serta tujuan tujuan memakainya hanya agar wajah kelihatan berseri maka itu tidak mengapa. Ini kerana mekap tersebut tidak menjadi bahan perhatian orang lain lebih-lebih bagi lelaki serta tidak termasuk dalam cara bermekap jahiliyah pertama. Hal itu hanya setakat memperlakukan wajah dengan baik. Ini adalah berhias yang diperbolehkan secara syar’i. Aisyah r.a. juga pernah memperbolehkan sahabiyat dan hamba perempuannya untuk memakai alat kosmetik dengan dengan tipis.

Para sahabiyah juga biasa memperbincangkan perihal mencelak kedua belah mata. Mereka mengkategorikannya sebagai perhiasan zahir yang tidak mengapa dilakukan.Apabila memakai mekap bertujuan untuk menghias muka dan berubat yang tidak diketahui orang lain kecuali para ahli dan wanita, maka itu tidak mengapa.

Adapun tentang sarung kaki. Adakah ketika keluar rumah seorang wanita muslimah harus memakai sarung kaki atau tidak? Sebaiknya seorang wanita muslimah memakai sarung kaki, kerana Imam Syafie berpendapat bahawa bahagian tubuh yang ditutupi oleh sarung kaki adalah aurat bagi wanita, begitu juga dengan majoriti ulama yang berpendapat bahawa seharusnya seorang wanita tidak menampakkan bahagian tubuhnya kecuali wajah dan kedua belah tapak tangan. Apa yang menjadi landasan adalah kegigihan seorang wanita untuk menutup auratnya. Menutup aurat adalah sesuatu yang amat patut bagi seorang wanita muslimah yang baik dan boleh menjaga diri. Oleh kerana itu seorang wanita muslimah haruslah memakai sarung kaki sehingga dia dapat menutup auratnya dengan sempurna.

Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang.
Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

Beringat-ingatlah dan berpesan-pesanlah sesama kita..

Wassalam v(^_^)v

Monday, May 16, 2011

Kita selalu mengharapkan lebih sedangkan yang perolehi lebih baik dari yang diharapkan..

Salam ukhwah..
Saya tertarik dengan cerita ini.Jadi saya kongsikan di sini..
Semoga kita akan lebih menghargai yang mencintai..

[CINTA SEORANG SUAMI]

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yangsemulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, sayaharus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.

Rasa sensitifnya kurang dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian.

"Kenapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang siti inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu,padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya,apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apa yang Abang akan lakukan untuk Siti?" Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok."

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkanAbang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor,Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar Dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan Dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi'pelik'.Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti,Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warnabunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.""Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki,mata Abang tidak cukup bagi Siti.Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Sitipuashati dengan semua jawapan ini,dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti. Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat.Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan,maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

-Kuasa CINTA-
Wassalam(^_^)v